Tuesday, December 29, 2009

...bElAjARlAH MENyAlAHkAN DiRi sENdiRi...

Berkata al-Muzanni: Apabila engkau melihat wujud kekeringan cinta dalam diri sahabatmu terhadapmu, demikian itu kerana dosa yang engkau lakukan, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah.

Itulah adab ukhuwwah, apabila berlaku kekeringan dalam hubungan setelah ia diikat atas ikatan akidah dan perjuang, ketahuilah, kesalahan pertama adalah pada diri anda sebelum sahabat anda.

Mukmin yang terbaik ialah yang sering memuhasabah dirinya sebelum orang lain. Menyalahkan dirinya sebebelum menyalahkan orang lain.

Al-Quran juga mengajar Muslim supaya menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain atas musibah yang menimpa dirinya. Bukan salah takdir tetapi kecuaian diri yang menyebabkan semua itu berlaku.

Firman Allah SWT: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”

Menuding jari ke arah diri sendiri membuka ruang yang merdeka untuk memuhasabah diri. Muhasabah diri yang betul mampu menjadi asas plan tindakan memperbaiki diri dan mengangkat kualitinya menuju redha Ilahi.

Ada sahabat yang sanggup memutuskan hubungan hanya kerana sahabatnya menegur dan memberi nasihat. Padahal apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu merupakan tanda kasih sayang dan berpegang dengan amanah persahabatan. Kawan terbaik bukanlah yang mulutnya sentiasa menyanyikan lagu pujian. Kawan terbaik ialah yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki sahabatnya. Sanggup menegur kelemahannya dan berkongsi kegembiraannya. Sahabat begini sebenarnya telah melaksanakan perintah Rasulullah SAW yang mengatakan: Agama itu adalah nasihat.

Pahit macamana pun teguran dan nasihat dari seorang sahabat yang telah terbukti kejujurannya selama bertahun-tahun, kunyahlah ia sampai lumat dan tapislah patinya dengan sempurna dan jangan sesekali dibuang kecuali terbukti mudharatnya.

Bersikap memencil diri hanya kerana ditegur, tandanya tidak sempurna hak ukhuwwah kita tunaikan. Kita ‘berdada sempit’. Sepatutnya kita panjatkan jutaan syukur kepada sahabat kita kerana di zaman orang ramai lebih tertumpu kepada sesuatu yang mendatangkan pulangan pada diri sendiri, masih ada yang sanggup peduli kelemahan kita. Itu tandanya ia sayang pada kita, ingin melihat kebahagiaan kita, ingin kita hidup sempurna. Kalau bukan tujuan itu, sudah pasti ia biarkan kita hanyut dalam kepalsuan hidup tanpa teman pembimbing.

Namun andainya kita masih tidak pandai menyalahkan diri dan beranggapan semua yang di sekeliling kita salah, tunggulah harinya kita ditinggalkan bersendirian. Hati-hati waktu itu melayarkan bahtera hidup, takut tenggelam setelah diberi nasihat dan peringatan. Waktu itu jangan marah kalau ada suara dari langit berkata: Padan muka, aku sudah cakap semua tu dahulu!!!

...MuHaRaM...

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.



SEJARAH KALENDAR ISLAM

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

PERISTIWA PENTING

* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah.
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Isa diangkat ke langit.

AMALAN-AMALAN SUNAT

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

* Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
* Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
* Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
* Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

* Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
* Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
* Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
* Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
* Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
* Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
* Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
* Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
* Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
* Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
* Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
* Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
* Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


KISAH HIJRAH

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).

Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).

Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

INFO KAABAH

Kaabah: Saiz dan Sejarahnya

Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi. Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah setebal satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat orang ramai mengerjakan tawaf. Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu. Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat. Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam, Ibrahim, Ismail dan Muhammad saw.

Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan ini. Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?

Nama-nama Kaabah: Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.

Nama-nama lain adalah: " Bait ul Ateeq - bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka. Kedua-dua makna boleh diterima. " Bayt ul Haram - rumah dihormati.

Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Friday, December 25, 2009

...wanita..sejati..huhuhu...

renungkan lah..
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.

Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

"Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda."

...MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN...

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

...Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit...

Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit
Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail:

' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minitINI

BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.

Thursday, December 24, 2009

...RaHSia FacebooK...~!!!!

CIA DAN FACEBOOK

Sumber: Email dari salah seorang sahabat di UK.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti Myspace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan terutamanya kawan lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan. Laman web sosial sekarang tak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapatkan satu akaun bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Jadi, sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya ada sebahagian
DARK SIDE
yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook.Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah lihat dan terus melihat. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang FACEBOOK? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime them want!Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita...senang dan mudah sikit!". Malang sekali, bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap FACEBOOK, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang FACEBOOK letak dalam web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya. Sama-sama kita renungkan apakah yang diperkatan dalam FACEBOOK's terms of service:

ULASAN:


1. Cuba bayangkan! - FACEBOOK yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakkan (mereka yang bukan extreme) mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, Professor, scientist dan yang seumpamanya. Inilah mangsa CIA yang sebenar.

2. Mengapa? - Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butiran mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu kalah dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

3. Bukankah ianya privacy diri sendiri? - Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?. Semua data dimasukkan adalah data-data mengenai achievement diri dimasukkan. Alamat, no h/p, rumah, pejabat, kerja, pendidikan, daily schedule dan lain-lain dimasukkan. Bayangkan semua ini akan dijadikan sebagai data statistik untuk digunakan pada masa hadapan.

4. Marahkah kita? - Kita marah bila orang mengambil tahu pasal kita, kita marah bila orang mencungkil privacy kita, tapi kita tidak sedar yang kita telah berikan semuanya dalam facebook kita. Kalau nak ikut cakap kasar:"Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimana golongan bijak pandai di Malaysia ini tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dulu golongan bijak pandai ini, tiada apa yang tinggal.Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun berada dalam tangan mereka"

5. Fakta - FACEBOOK telah ditampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD 12.7 juta telah dilaburkan ke dalam FACEBOOK oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG disebalik laman web sosial ini, boleh lihat clip http://www. youtube.com/watch? v=mCGSYWd1HOI& feature=related .

6. Peranan CIA - Selain daripada menjadikan FACEBOOK sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat, pihak CIA juga merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr. Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari DARK SIDE ini. Dr. Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

KESIMPULAN:Bersosial di laman web seperti FACEBOOK ini tidak salah, malah bagus bahkan kita boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan fakta-fakta yang menjadi privasi diri sendiri. Jangan mudah kita memberikan maklumat yang penting. Maklumlah, rakyat Malaysia cepat terpengaruh dengan benda yang PERCUMA sebegini. Bukan nak mengata diri sendiri, tetapi telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah ke laman web Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan Israel itu! Jawapannya mudah ialah Rakyat Malaysia, tidak syak lagi.APA YANG PERLU KITA BUAT? - Bagi mereka yang sudah menjadi ahli FACEBOOK dan sudah memasukkan data peribadi. Senyum sajalah. Bagi mereka yang belum mendaftar, berhati-hatilah.

ok yg ini bukti yg paling kukuh sekali tolong click sinihttp://www.facebook.com/profile.php?v=box_3&ref=profile&id=...

MENGAPA FB masih tak tutup group fcuk islam sampai sekarang? kalau dulu 500ribu members yg sokong group anti islam itu ditutup kemudian 700ribu members semua orang Islam tetapi FB still PEJAM mata tak bubarkan group fcuk islam itu?

sekarang mereka menanti 1juta user pula untuk menutup group fcuk islam itu sendiri
ANDA MAHU BUKTI SAYA BAGI BUKTI TETAPI ANDA KENA INGAT:-

22 tanda hari Kiamat semakin hampir


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.


21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wallahualam


Artikel di bawah ini saya post untuk kita sesama Islam memperingati

Dunia Di Penghujung Nyawa


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ' - Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...


4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...


10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


Rasululllah S.A.W Bersabda "Sampaikan lah PESANANKU walaupun sebaris ayat"


Assalamualaikum...

Wednesday, December 23, 2009

...Bila Tuhan sudah tidak ditakuti...

Bila takut dengan Tuhan sudah tiada,
Rasa aman pula berhadapan dengan mati,
Tidak takut dengan dosa yang membawa ke neraka,
Sembahyang pun cuai
Kalaupun bersembahyang tidak terasa menyembah Tuhan
mengumpat, mengadu domba, menghina
akan jadi budaya
pemarah, hasad dengki, dendam menjadi tabiat diri
memfitnah menjadi hiburan nafsunya
Kesalahan orang lain nampak selalu,
Kesalahan diri, tidak diperhati
Kebanyakan sudah tidak minat lagi,
Kalaupun dilakukan sekedar tradisi
Bukan dari hati,
jauh sekali keredhaan Ilahi
jiwa pun gelisah selalu,
pikiran tidak menentu,
Dengan anak isteri tidak harmonis lagi,
Krisis rumah tangga berlaku selalu,
kompleks jiwa merobek-robek kebahagiaan
maka syeitan pun mempermainkan mereka
dosa pun memburu
macam manusia memburu haiwan
Di dalam keadaan begini malaikat maut pun datang
nyawa pun direntap
mati dalam su'ul khatimah
waliyadzubillah

...Tangisan Rasulullah Menggoncangkan Arasy...

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang
hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu
yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka
segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik
bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf,
sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca
"Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah,
dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti
diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang
laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu
lalu berkata:
"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja
memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah
bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan
aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya
dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya,
dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu
dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab!
Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!"
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada
dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera
tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu,
Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu
biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah
mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta
dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi
orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit
dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil
mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat
perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan
dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau
perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan
akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan
kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan
pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan
memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air
mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril
turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan
bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu,
penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la
bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab
dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah
sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga
nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar
berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan
dirinya. "

...Wanita - Akal Senipis Rambutnya...



Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak.. mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal RabbNya...

Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

...WaHaI WaNiTA....


Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.

Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.

Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)

Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah An-Nisaa'.

Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.

Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.

Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah r.a.

Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.

Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?

Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.

Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.

Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.

Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."

Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, peri laku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?

Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Wallahua'lam.




"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

Tuesday, December 22, 2009

.........ReNoVaTiON.......

....Aku akan kembali semula disini...tunguuuu.....jikalau masih ada sisa2 teman di belakang....sentiasa la mengdokong aku utk berkarya disini........................

Saturday, May 9, 2009

..SelaMat HaRI IbU..

Rasulullah SAW bersabda :
"Tidak namanya membalas seorang anak kepada orang tuanya,sehingga dia mendapatkan hamba,lalu dia beli dan dia merdekakan saja."

Baginda juga bersabda :
"Berbakti kepada orang tua lebih utama daripada solat,sedekah (zakat),puasa,haju dan jihad fisabilillah."

Sabda baginda lagi :
"Siapa di waktu pagi mendapatkan keredhaan kedua orang tuannya,maka dibukakan untuknya dua pintu menuju Syurga.Meskipun mereka tinggal satu.Meskipun dia aniaya.Demikian pula di waktu petang.Tapi siapa di waktu pagi dibenci oleh kedua orang tuanya,maka dibukakan untuknya dua pintu Neraka.Demikian pula di waktu petang.Meskipun mereka tinggal satu,meskipun ia aniaya."

Baginda bersabda lagi :
"Sesunguhnya bau syurga itu tercium dari perjalanan sejauh lima ratus tahun,namun orang yang derhaka kepasa orang tua tidak akan dapat mencium baunya.Tidak pula orang yang memutuskan sanak saudara."

Juga baginda bersabda :
"Berbaktilah kepada ibumu,bapamu,saudara perempuanmu,saudara laki-laki,kemudian sebawahmu,kemudian sebawahmu."

Dirawikan bahawa Allah SWT berkata kepada Musa as, " Hai Musa,siapa berbakti kepada orang tuanya dan menderhakai-Ku,Ku tuliskan dia sebagai orang yang berbakti.Dan siapa berbakti kepada-Ku dan derhaka kepada orang tuanya,Aku tulis dia sebagai orang yang derhaka."

Dikatakan "Ketika Yaqub datang kepada Yusuf as,Yusuf tidak segera berdiri menghormatinya.Maka Allah memberikan wahyu kepadanya : "Beratkah engkau berdiri menghoramati bapamu? Sesunguhnya Aku tidak melantik seorang nabi dari tulung rusukmu!"

Rasulullah SAW bersabda :
"Jika seseorang menghendaki sedekah,berikan kepada orang tuanya.Jika mereka orang muslim,maka pahalanya untuk mereka dan untuk dia tidak akan kurang sedikit pun daripada pahala mereka."

Malik bin Rabiah mengatakan, "Suatu hari kami duduk di sisi Nabi SAW.Tiba-tiba datang seorang lelaki dari Bani Salmah berkata,"Ya Rasulullah,adalah sesuatu yang kubaktikan kepada orang tuaku setelah mereka meninggal?".Rasulullah menjawab, "Ya,bacakan selawat kepadanya,memohonkan ampun untuknya,melaksanakan janjinya,memuliakan temannya,menyambung saudara yang tidak tersambung melainkan dengannya."

Rasulullah SAW bersabda lagi :
"Bakti yang terbaik adalah bila seorang lelaki menyambung keluarga orang tuanya setelah mereka meninggal"

Rasulullah bersabda lagi :
"Berbakti kepada ibu bagi anak dua kali ganda"

Juga sabda baginda :
"Doa ibu lebih cepat dikabulkan." Ditanyakan, "Mengapa demikian?" Baginda menjawab. "Dia lebih penuh kasih sayang daripada bapa.Dan doa saudara tidak akan ditolak."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Betapa besarnya ganjaran untuk seorang anak yang menyayangi ibunya...Aku amat menyanyagi ibuku..engkau lah segalanya...Tanpa mu tak mungkin aku disini....

...bUaT SeSeORaNg KekasIH..

Monday, May 4, 2009

...gILa-gILa ReMaja...

Yesssssssssssssss....ada jugak cup prix d langkawi...ada gak aktiviti yang leh di wat..leh la tenang2kan ati2 ni...wlaupun x menang..aku puass...enjoy...lupa seketika masalah2 yg tengah berserabut di kepala ni..lupa seketika masa2 lalu yang menghantui kepala ini...sprint test lak akan diadakan...da lama x main moto ni...dlu syik pikir benda lain jaa..skrang ni da balik cam slalu..best lak asanyaa..x da sakit kpala...x da sakit jiwa...x da benda nak pikir....n yang paling penting x da ati yg akan terluka n dilukaa...hanya yang ada dalam hati skrang...enjoyyyyyyyy....



.........

Friday, April 24, 2009

..akU taK PedUli...

Apa org kata

Usah terpedaya

Asal senang hati

Aku tak peduli

Memang banyak susah

Hidup zaman ini

Pandang harta benda

Aku tak peduli...

Walau pun apa kan terjadi...

Aku tidak pernah peduli....

Jalan kiri kanan...

Walau banyak simpang...

Akan ku rintangi...

Aku tak peduli...

Banyak-banyak makan...

Aku hilang sabar...

Hati pun berdebar...

Aku tak peduli...

Walaupun pun apa kan terjadi...

Aku tidak pernah peduli...

Mengapa manusia...

Lebih hebat...

Bila mengata...

Mengeji dan mencaci...

Mengapa suka menghina...

Mengiri rasa benci...

Macam orang tak punya hati...

Biar pun begini...

Akan tetap ku harungi...

Aku tidak peduli...

Peduli apa..

...INI HaRapaNkU...

Dan Irama Membisik..
Lalu kabus terhurai..
Yang datang bersama semalam...
Kita yang bertali..
Oh ikatan minda..
pengikat asmara..
Jangan air mata kau berikan aku..
Penghilang dahaga...
Sayu telah melambai..
Harapanku yg hilang..
Masih setiakah kau pada ku..
Bertali berulang...
Cerita yang sama..
Yang aku lakukan..
Cuma ada harapan dari mu itu..
Membuat ku rindu...
Pulang..
Kepulangan ku nanti..
Dengan harapan bukan sangsi..
Kaki ku melangkah menghala ke arah..
Apa dihatimu...
Ku tahu penuh siksa...
Hilang..
Hilang masa yang lalu..
Bagai kan kau menolak hempedu..
Hanya pahit yang bakal mengubati..
Harapanku ini..
Senandungkan perjalanan kita ini..
Dengan sinaran yang menakluki..
Tak ku lupakan perkara yang silam..
Yang kita tinggalkan..
Yang kita tinggalkan...
Yang kita tingalkan...

...adA Apa deNgaN ciNta...

....Sedih nya hati ketika ini...pilu...hiba...Sedih...Sedih...Apalah nasib slalu cam ni...Mengapa aku yang selalu disalahkan..Aku tau aku banyak lakukan kesilapan..adakah itu bermakna aku akan mengulanginya...aku pun manusia biasa..bukan haiwan..ada perasaan..ada hati...ada naluri...tapi sapa peduli tu semua...sapa aku ini ingin kan belas kasihan org...sapa aku...aku kan ingat sampai bila2 kata tuh..tersemat dalam hati ini...baru aku tau cam ner perasaan di benci oleh org yg amat disuka...pedih...perit...tak terkata apa2 lagi...kelam dunia ku rasa...aku nekad aku kan melupakan semua benda yg berlalu...tapi pa kan daya...aku x mempunyai kekuatan itu...tolong la Ya Allah...kuatkan lah semangat Hamba Mu ini...sesunguhnya Hamba Mu ini seorang yang lemah...aku da berjanji dalam diri yang aku x kan kacau dia lagi...dan aku harapkan dia berbahagia...

Thursday, April 23, 2009

..CINta dI laNGkawI..

Sayang masihkah ingat
Kenangan kita di Langkawi
Kita bercanda riang di Pantai Chenang
Hatipun girang
Kasih di Padang Matsirat
Di Beras Terbakar
Di Gunung Mat Cincang
Hati terpandang kenangan silam
(Kumasih terkenang kenangan silam
Menjadi lambang cintamu oh sayang)
Disenja nan merah
Di Pekan Kuah
Kurasa bertuah
Engkau umpama srikandi
Dihatiku ini
Engkau bagai Mahsuri
Di bumi Langkawi
Lagenda tersembunyi
Di Ulu Melaka
Di Kota Mahsuri
Di kedua kali
Ikrar setia tidakkan terpisah
(Kumasih terkenang kenangan silam
Menjadi lambang cintamu oh sayang)
Di Pasir Hitam
Hati berbalam
Nostalgia silam
Sayang pernah bertanya
Tanjung Pandan dan Pulau Tuba
Hanya kita berdua memahaminya
Menjadi tanda tanya
Di Telaga Air Hangat
Tempat keramat
Cinta kita tersirat
Sayang pernah bertanya
Tanjung Pandan dan Pulau Tuba
Hanya kita berdua memahaminya
Menjadi tanda tanya
Di Pantai Tanjung Rhu
Laut bergelora
Semangat cinta kita
(Kumasih terkenang kenangan silam
Menjadi lambang cintamu oh sayang)
Disenja nan merah
Di Pekan Kuah
Kurasa bertuah....

Wednesday, April 22, 2009

..RINdUkU tIadA berTeMaN...

...Huhhhhhhhhh.....klau nak ikut pada tarikh ini..pada jam ini...pada suatu masa lalu...aku sangat berbahagia saat tuh..alangkah bahagia nya kalau detik2 itu boleh kembali semula..tapi yang nyata ia hanyalah sekadar memori..memori yang terpaksa hilang bersama angin2 yang berlalu..terus terang aku katakan yg aku rindukan semua tuh...x penah aku sebahagia itu...belum penah aku disuap..belum penah aku dijaga,dibelai seperti itu..makan bersama,jalan beriringan...senyum n tangis bersama...seperti sorang raja yang dilayan seorang permaisuri...kini semua hanyalah kenangan..sampai kapan pun aku x kan melupakannya...huhu...walaupun kejap yg aku rasakan kebahagiaan itu..tapi ia kekal lama dalam hati ini.............................................................................

Monday, April 20, 2009

...0Ne l0Ve...

...Walaupun dia bukan org yg pertama hadir dalam diriku ini...tapi dia adalah seorang yang amat bermakna dalam diriku...dia sangat berharga dalam diriku...sehinggakan aku terasa kehilangan dia...Walaupun dia tak secantik bidadari,tak setulus siti khadijah...tapi dia lah permaisuri dalam diriku ini...aku amat menyayangi dia...kehadirannya memberi aku sinar dan cahaya yg menyuluh aku ke jalan yang terang...aku amat menyesali bila kehilangan nya...aku melepaskan sesuatu yang amat bernilai dari dakapan ku ini...biar la aku simpan semua sejarah ku ini...dan biarlah hanya aku yang tau per yang sebenarnya terjadi...aku kan sentiasa mengingati nya sampai kapan pun..biar la aku merawat luka ini dengan sendirinya...tak mungkin aku kan mengangu dia yang sedang berbahagia dengan hidupnyaa...kebahagiannya akan menjadikan aku bahagia..................................

..dIUMpaN MiMpI...

kita diumpan mimpi...
api impian membakar..
sinar neon kota..
kita terlena..
perjalanan itu..
kita harungi bersama...
bunga kita bersama..
leburkah kita demi cinta..
di rongga kota..
terjerat kita hinga kan terdampar..
kehindahan hanya saksi kepalsuan..
meronta-ronta jiwa yang menjerit bertanya..
dimanakah harapan dijanji..
jiwa yg dicengkam kita bebaskan..
bebaskan lah cinta dari dibelenggu..
kemanisan cinta..
hanyalah bara bisa..
denyutan naluri...
rahsia cinta kita..
restuilah doa..
yang kami panjangkan hanyalah pada mu..
mencarilah cinta kami...
suci sinaran keikhlasan mu...
kepalsuan dirempuhi..
api impian kita harungi..
api impian kita tembusi..
api impian kita dinginkan..
api impian kita padamkan..
api impian kita matikan..

...Welc0Me T0 my liFE...

Im back...Aku sangkakan panas sampai kepetang...rupanya hujan ditengahari...Aku menulis bukan kerna nama...Sekadar untuk melepaskan per yang terpendam didalam hati...dan mungkin disini teman untuk aku berbicara...Aku mencipta blog ni kerana seseorang yang sangat bermakna didalam hati ini...Tapi segala impian dan harapan aku hilang bersama desiran angin yang berlalu..Apakah ini semua harus terjadi...sedangkan aku cuma watak dalam percintaan..tak sangup aku melepaskan mu...Mungkin betul kata org per yang kita nak tak mungkin kita kan dapat..Aku da cuba wat yg terbaik untuk meneraju empayar yang aku bina..Tapi pa kan daya..empayar yg telah aku usaha kan,yg telah aku ciptakan..hancur ditengah jalan..aku sedar...aku hanya ibaratkan seperti pipit yang rindukan bulan...tak mungkin digapai...Aku akui aku bukan insan yang sempurna..aku insan yang melakukan kesilapan...tapi aku juga mempunyai hati dan perasaan...Aku da cuba untuk memperbaiki segalanya...Aku tingalkan dunia aku untuk mengabdikan diri untuknya...tapi bak kata orang terlajak perahu bleh diundur...Aku kecewa...Aku sedih...Aku rindu...Aku terluka...Apakah aku harus menerima semua ini...Hanya dia yg bertakhta dihati ini...Walau apa pun terjadi dia tetap akan bertakhta dihati ini...Aku sikit tidak akan salahkannya tas semua yang terjadi...Aku angap semua yang terjadi semua salah aku...Hanya yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah sekeping doa untuk nya semoga dia kan sentiasa bahagia disamping org yg tersayang..........................................................

Sunday, April 19, 2009

...JIka TIada...

jika tiada matahari...
apa jadi pada bumi...
kegelapan kini...
mahu kah kau mengerti...
apa erti hidup ini...
cinta yang engkau miliki...
kasih sayang yang empunya diri...
diberikan penghidupan.....

apa erti cinta ini...
jika tiada mengenali...
siapa diri...
mahukah kau mengerti...
mengapa aku menyintai...
walau aku yang kau benci...
walau aku tidak kau tak peduli...
namun apa kuasa ku ini...
bagai buih-buih ombak pantai...
terhempas lalu tiada hilang begitu saja...
setiap masa...
kasihku tiada berubah...
kerna cinta yang kau bawa...
indah yang menjadi tanda...
jiwa dan nyawa....

mahukah kau mengerti apa maksud ku ini...
penari nun gunung langit...
apa engkau sedari jika tiada sedari...
hari-hari ini yang kunanti...

bagai buih-buih ombak pantai...
terhempas lalu tiada hilang begitu saja...
setiap masa..
kasihku tiada berubah...
kerna cinta yang kau bawa...
indah yang menjadi tanda...
jiwa dan nyawa...

Modified by Blogcrowds