Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.
Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Saya akan menjawab soalan ketiga iaitu, dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.
Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. Saya ulang sekali lagi, BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.
Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau Pemikiran Adalah Salah
Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Saya tidak bersetuju sama sekali tetapi jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, saya bersetuju.
Dan saya juga bersetuju Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.
Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat.
Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem
Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Saya percaya, orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem.
Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1
(Di sini saya hanya ambil sebahagian potongan hadith panjang itu) . Perkataan yang dicondongkan adalah hadith, manakala perkataan ditebalkan adalah dialog yang ditutur oleh Dajjal dalam hadith Rasulullah.
Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”
Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”
“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;
“Celaka kamu, apakah kamu ini?”
Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”
Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”
kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”
Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”
Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”
“Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”
Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?”
(saya ringkaskan hadith ini)
“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”
Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?”
“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?”
“Ya…”
Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.”
“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”,
“Apakah tasik itu masih berair?”
(Saya berhentikan hadith ini di sini sahaja untuk penelitian)
Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh.
Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?
“Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”
Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?
Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah.
Hipotesis 2 : Dajjal Adalah Manusia Berumur Panjang?
Hujahnya adalah mudah. Semua hadith menceritakan Dajjal sebagai seorang manusia. Cuma apa yang tidak digambarkan ialah Dajjal sebagai bapa konspirasi (konspirasi atau fitnah Dajjal tidak disabdakan dengan teliti oleh Rasulullah dengan tujuan untuk kita berfikir tentangnya). Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia dan memang wujud hidup sehingga sekarang. Ianya boleh dibuktikan dengan 2 perkara.
Pertama : Hadith-hadith Rasulullah
Kedua : Sejarah dunia.
Bukti melalui hadith tidak perlu saya huraikan panjang lebar kerana anda boleh baca sendiri di kebanyakan blog-blog di internet tentang Dajjal.
Sebelum ini saya telah membentangkan hujah pada bahagian 1 tentang mengapa tanggapan (Hipotesis) bahawa Dajjal sebagai suatu ‘konsep’ tidak boleh diterima. Kali ini saya akan membentangkan hujah ke-2 berkenaan Mengapa kita perlu percaya bahawa Dajjal itu manusia.
Saya juga meyakini (sepanjang pembacaan dan penelitian) bahawa Dajjal itu manusia bukan sahaja atas faktor hadith, tetapi melalui pembuktian perkembangan yang berlaku dalam sejarah dunia khususnya benua Eropah. Perkembangan yang berlaku ini sejak ratusan tahun dahulu didapati selari dengan perkembangan agama Judais yang juga mengalami perkembangan sejak ratusan tahun dahulu juga.
Berikut adalah sebab kedua mengapa saya katakan Dajjal itu manusia:
* Penubuhan Illuminati pada 1774 di Perancis
* Perjumpaan 100 tahun sekali para Rabbi (Paderi Yahudi)
* Pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam Protokol Pemimpin Zionis
Bukti 1 : Penubuhan Illuminati pada 1774 di Perancis
Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt merupakan seorang Profesor Undang-Undang di universiti Ingoldstald, Perancis. Sepanjang penubuhan Illuminati ini, Weishaupt telah menghasilkan suatu kertas kerja pada 1 Mei 1776 yang merangkumi perancangan-perancangan Illuminati untuk menguasai dunia bermula dengan negara-negara Eropah.
Perancangan tersebut ditulis dengan mengandaikan bahawa Yahudi dapat menguasai dunia dalam tempoh kurang dari 300 tahun. Kertas kerja perancangan ini telah diedarkan oleh untuk semua ahli-ahli Illuminati di seluruh Eropah. Namun demikian, pembawa buku rahsia Illuminati ini telah mati dipanah kilat pada 1784 semasa membawanya di Perancis.
Pihak berkuasa Perancis telah mengkaji dokumen rahsia ini dan mengedarkannya ke seluruh Perancis dan beberapa negara Eropah sebagai tanda amaran akan bahayanya pertubuhan Illuminati. Dokumen tersebut dikeluarkan semula dengan tajuk “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”.
Pada 1789, salah seorang pemimpin Freemason iaitu Robinson yang kurang sefahaman dengan Weishaupt telah menerbitkan suatu buku bertajuk “The Proof of a Conspiracy to Destroy All Governments and Religions”. Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk memberi amaran kepada golongan Diraja Perancis tentang perancangan Weishaupt untuk mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun yang sama iaitu 1789.
Dimana kaitannya penubuhan Illuminati dan kewujudan Dajjal?
Hujah yang akan saya kemukakan untuk mengukuhkan pendapat bahawa Dajjal itu adalah manusia ialah dengan membawa pembaca merujuk kepada dokumen rahsia Illuminati yang bertajuk “The Proof of a Conspiracy to Destroy All Governments and Religions” dan “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”. Kedua-dua dokumen ini adalah pendedahan dari Robinson dan Polis Perancis pada 1780-an.
Persoalannya, dokumen tersebut mengandungi perancangan rahsia yang menyebut tempoh 300 tahun. Dalam pemikiran logik kita sebagai manusia biasa, mampukah kita merancang sesuatu perkara dengan mengambil tempoh yang begitu panjang ?
Di dalam dokumen tersebut menyebut bagaimana melaksanakan revolusi-revolusi di seluruh Eropah. Kemudian dokumen itu juga menyebut bagaimana menjatuhkan pemerintahan beraja negara-negara Eropah. Dalam erti kata lain, untuk menulis dokumen yang menceritakan perancangan seluruh Eropah, ia memerlukan seseorang yang pernah menjelajah ke seluruh dunia dan memahami segala bentuk kekuatan dan kelemahan kerajaan-kerajaan Eropah.
Persoalannya, benarkah dokumen tersebut dari idea asal Weishaupt, sedangkan ia sibuk bekerja sebagai Profesor Undang-Undang di Ingoldstadlt? Selain itu dalam masa yang sama beliau juga sibuk dengan pembinaan Kuil Syaitan (Synagogue of Satan) di Gereja Katholik. Di manakah masa yang ia gunakan untuk mengkaji seluruh pentabdiran di semua negara-negara Eropah.?
Tidak lain tidak bukan, ianya adalah perancangan DAJJAL.
Bukti 2 : Perjumpaan 100 tahun sekali para Rabbi Yahudi.
Suatu yang agak aneh dan tidak terdapat pada mana-mana pertubuhan di dunia ini untuk membuat perjumpaan ialah ia mengambil tempoh yang begitu lama. Perjumpaan ini ialah perjumpaan 100 tahun sekali yang dihadiri oleh para Rabbi Yahudi yang menyokong Zionis dan idea One World Goverment yang diperkenalkan oleh Illuminati.
Perjumpaan 100 tahun sekali ini merupakan suatu perjumpaan rahsia, yang mana ia secara tidak sengaja didedahkan oleh Rabbi Reichhorn semasa berucap pada majlis pengkebumian Rabbi Semeon Bin Yehuda. Ucapan ini dilakukan pada 1869.
Dalam ucapan tersebut, Reichhorn menyatakan dengan jelas iaitu:
“Pada setiap 100 tahun kami Pendeta-Pendeta Israel, pada kebiasaannya akan berjumpa di Sanhedrin untuk meneliti kemajuan kita ke arah penguasaan dunia seperti yang telah dijanjikan oleh Jehovah, dan penaklukan kita ke atas musuh kita iaitu Kristian.”
Ucapan Reichhorn telah didedahkan oleh sebuah penerbitan Rusia bernama La Vieilla France pada 21 Oktober 1920 (no. 195).
Dimana kaitannya ucapan Rabbi Reichorn dengan kewujudan Dajjal?
Kaitannya boleh dilihat pada tempoh perjumpaan yang ditetapkan dan pada beberapa prkataan yang terkandung dalam ucapan beliau. Tempoh 100 tahun adalah terlalu lama, sekiranya seseorang itu menghadiri perjumpaan pada hari ini, kemungkinan besar dia tidak mungkin lagi dapat menghadiri perjumpaan seterusnya. Ini kerana tempoh perumpan seterusnya adalah 100 tahun lagi.
Apakah rasionalnya perjumpaan itu ditetapkan tempoh selang masa 100 tahun. Seperti yang diketahui, 100 tahun bersamaan 1 abad. Setiap perjumpaan akan disertakan suatu laporan tentang perkembangan 100 tahun lepas. Mampukah kita membaca, menilai dan meneliti perkembangan 10 tahun lepas untuk dibuat perbincangan?
Dajjal tahu dia mampu hidup lama, malah dia tahu dia adalah manusia akhir zaman. Jadi apalah gunanya tergesa-gesa menetapkan sesebuah mesyuarat 10 tahun sekali atau 2 tahun sekali. Penetapan tarikh mesyuarat 100 tahun sekali sememangnya adalah untuk kemudahan Dajjal membuat pertimbangan dan penilaian ke atas perkembangan manusia.
Bukti 3 : Pernyataan jelas kewujudan Dajjal dalam Protokol-Protokol Rahsia Zionis
Bukti ketiga adalah bukti paling kukuh untuk menyokong hadith-hadith nabi, bukti pertama dan kedua yang telah dinyatakan sebelum ini. Para pemimpin Zionis telah mengeluaran kenyatan yang mengaku bahawa mereka sedang melakukan persiapan untuk menanti ketibaan Raja Yahudi mereka.
Para pemimpin Zionis tahu bahawa Raja mereka wujud dan akan muncul. Cara mereka (zionist) bekerja juga telah dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka menantikan seseorang yang hebat yang bakal memerintah dunia kelak.
Pernyataan ini jelas apabila kita merujuk pada
Protokol No. 15 iaitu :
“Bila Raja Israel meletakkan di kepalanya yang suci, mahkota yang diberikan kepadanya oleh Eropah, beliau akan menjadi penjaga dunia. Mangsa-mangsa yang diperlukan olehnya mengikut kesesuaian mereka…”
Protokol No. 17 iaitu :
“….Melalui penyamaran ini, kita akan menyusup masuk ke dalam institusi Pope ini, dan memastikan bahawa kita tidak akan meninggalkannya sehinggalah kita telah menghancurkan seluruh kekuatan yang tinggal di dalam institusi ini. Raja orang Yahudilah akan menjadi Pope Sejagat yang sebenarnya, ketua bagi sebuah Gereja Antarabangsa.”
Kesimpulan
Maka benarlah apa yang dikatakan Rasulullah SAW dalam hadithnya iaitu:
“…sesungguhnya al-Masikh ad-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud, kitab Taqrijul Misykat)
Pendapat yang mengatakan Dajjal adalah bangsa dan sebuah konsep semakin kabur malah langsung tidak dapat diperbuat rangkaian antara satu hadith dengan ayat-ayat Al-Quran.
Berbeza dengan pandangan yang mengatakan Dajjal adalah manusia, ianya terang dan jelas malah meliputi semua rangkaian hadith dan isi Al-Quran. Dajjal adalah manusia merupakan pernyataan yang jelas dan tidak menyeleweng kerana pembuktian sering kali berlaku pada setiap kali munculnya krisis-krisis global.
Ilmu Nahu membuktikan Dajjal adalah Manusia
Kajian masyhur Muhammad Isa Dawud di dalam buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda” telah memberikan hujah yang mematikan semua pandangan-pandangan Dajjal bukan manusia.
Hujah ini adalah berdasarkan dalil pada surah Al-‘Araf (ayat 14-15), yang berbunyi;
Ayat 14: “Iblis berkata; berilah tempoh kepada ku hingga hari mereka dibangkitkan, ”
Ayat 15: Allah berfirman “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”
(sumber: Al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia terbitan Darul Fikir Sdn. Bhd., Kuala Lumpur)
Ayat di atas adalah permohonan Iblis kepada Allah SWT selepas dia dilaknat kerana tidak mahu tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s. Perbuataan Iblis ini juga telah mendorong Allah untuk melemparkannya ke atas bumi dan mengubah pendirian hatinya dari seorang yang paling mulia dikalangan malaikat kepada makhluk yang paling terkutuk dikalangan makhluk-makhluk Allah.
Persoalannya, apakah bukti yang ada pada ayat di atas kerana ia langsung tidak menyebut nama Dajjal. Buktinya hanya dapat dilihat jika kita menggunakan alat bahasa Nahu dan Sorof. Pada ayat tersebut Muhammad Isa Dawud membuktikan bahawa kata Al-Munzhirun adalah jamak (plural) untuk lebih dari dua yakni untuk tiga orang dan lebih.
Apabila kalimah “al-munzharin” merujuk kepada lebih tiga orang maka di dunia ini ada lagi lebih tiga orang yang ditangguhkan kematiannya iaitu Iblis Laknatullah, Nabi Isa a.s, Dajjal Laknatullah, Nabi Khidir a.s. dan lain-lain yang menjadi rahsia Allah.
(Sesetengah pendapat mengatakan Nabi Khidir a.s. telah meninggal dunia dan yang mengajar Nabi Musa adalah rohnya)
Sekiranya pembacaan kita pada ayat-ayat berikut dalam surah Al-Araf tidak menitik beratkan hal ehwal ilmu Nahu dan Sorof maka kita hanya akan mendapati ia sekadar penceritaan tentang keengkaran Iblis terhadap Allah.
Jika seseorang itu tidak pun mahir ilmu Nahu, maka dari segi tatabahasa Bahasa Melayu sendiri pun sudah cukup jelas membuktikan bahawa ayat ke-15 merujuk lebih dari seorang yang ditangguhkan kematiannya sebelum disertakan dengan Iblis. Lihatlah kalimah;
” …..dari golongan yang diberi tempoh”
Perkataan “dari golongan” (minal-munzharin) bukan berdiri untuk satu orang tetapi lebih dari dua orang.
Dengan terjumpanya bukti-bukti sebegini sebagai menyokong dalil bahawa Dajjal itu manusia, maka benarlah firman Allah di dalam Surah As-Shaad (ayat 29) iaitu;
“Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya dapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”
Begitu juga di dalam surah Muhammad (ayat 24), Allah berfirman;
“Maka, apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?”
Al-Quran sentiasa tepat ayat-ayatnya jadi ia bukanlah sekadar ayat-ayat penyokong fakta untuk sesuatu hujah, ianya lebih moden dan lebih futuristik dalam mengendalikan sesuatu permasalahan yang tidak dapat dijangkau oleh akal.
Apakah itu ilmu Nahu dan Sorof
Bahasa syurga ini adalah bahasa yang unik dan hanya boleh difahamkan kejelasannya dengan dua alat ilmu iaitu Nahu (grammar) dan Sorof (inflection). Kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain dalam memperuntukan makna ke atas sesuatu kalimah.
Tidak semua orang mahir ilmu Nahu dan Sorof malah ilmu ini adalah antara madah (subjek) killer dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah menengah, diploma hatta jika belajar di Timur Tengah sekali pun. Maka tidak hairanlah masih ramai pelajar Al-Azhar kurang mahir berbahasa Arab walaupun 10 tahun di sana.
Kehebatan Ilmu Nahu dalam pemecah rahsia akhir zaman
Ilmu Nahu dan Sorof mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membongkar rahsia-rahsia Al-Quran dan persoalan akhir zaman.
Seorang ulama terkenal dalam bab Nahu iaitu Imam Al-Sonhaji telah menulis satu kitab yang menerangkan segala macam ilmu berkaitan nahu dari A hinggalah Z. Setelah selesai menulis kitabnya, beliau cuba menguji sama ada kitabnya itu bermanfaat atau tidak kepada umat Islam.
Sambil melemparkan kitabnya itu di dalam sungai, beliau berdoa kepada Allah jika kitabnya itu mengalir bersama air sungai maka ia tidaklah membawa manfaat tetapi jika ia (kitab) tetap bertahan tanpa mengikut arus sungai dan timbul maka ia sangat bermanfaat untuk masyarakat.
Tiba masanya ia melempar kitabnya itu di dalam sungai, maka didapatinya kitab tersebut timbul, tidak bergerak dan terus bertahan tanpa mengikut arus sungai. Amat berbesarlah hati Imam Al-Sonhaji melihat keajaiban itu maka dinamakan kitab nahu itu dengan Matan Al-Jurumiyah.
Pembelajaran Nahu masa kini
Kitab ini tidak dipelajari oleh sesiapa yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi (SPM), Al-Quran Sunnah (SPM), Syariah Islamiyah (SPM), Bahasa Arab Komunikasi (PMR), Usuluddin (STPM) atau Syariah (STPM). Sekiranya guru bahasa arab itu mahir dan berasal dari sekolah pondok kemungkinan barulah akan ada kelas tambahan menerangkan tentang kitab Matan Al-Jurumiyah.
Kitab ini hanya dipelajari secara konsisten oleh pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah-sekolah pondok sahaja. Kebiasaan di sekolah-sekolah pondok tuan guru akan meminta si murid menghafal keseluruhan kitab sama ada secara berlagu atau apa-apa sahaja walaupun tidak mengetahui maksudnya.
Selepas menghafal keseluruhannya, barulah tuan guru akan menghuraikan satu persatu setiap kalimah yang dihafal untuk di i’rabkannya. Itulah kelebihan belajar di sekolah pondok, walaupun usang dari segi kemudahan tetapi ilmunya adalah pemecah rahsia akhir zaman.
Untuk mengetahui sama ada seseorang ustaz yang mengajar di masjid itu mahir ilmu nahu atau tidak adalah mudah. Biasanya guru-guru agama itu hanya akan mengajar kitab-kitab tulisan jawi seperti Pelita Penuntut, Mastika Hadith atau Tafsir Juz Amma. Ramai pendengar kuliah tidak tahu ada dua jenis tulisan di dalam kitab-kitab yang dipelajari di masjid iaitu kitab jawi dan kitab arab.
Sesetengah guru agama cuba mengelak untuk menggunakan kitab arab dan meminta sendiri kitab-kitab yang akan diajar kepada pengerusi masjid. Antara kitab yang paling popular dan mudah adalah mastika hadith, hadith 40 dan Juz Amma kerana kitab-kitab ini mudah diajar dan memberi banyak ruang untuk penceramah berceloteh.
Nahu berbeza dengan bahasa arab yang dipelajari pada Kelas Aliran Agama (KAA) yang terdapat sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Tidak semestinya orang yang lancar bercakap arab mahir di dalam ilmu nahu. Ia seperti mana juga tidak semua orang Melayu yang bercakap Melayu mahir tatabahasa Melayu.
Wallahu’alam …
P/S : hujah di atas hanya sekadar perbincangan berbentuk tafsir zahiriah pada terjemahan ayat-ayat Al-Quran, ia tidak bersifat ilmiah kerana membahas ayat Al-Quran haruslah disertai pandangan kitab-kitab tafsir yang muktabar.